Klinik Usraa Senawang Senawang · Jalan Coco Drive 2, 70450 Seremban WhatsApp

Sunat & Berkhatan di Senawang, Seremban

Teknik Rapid Clamp. Prosedur 30–45 minit, dan anak terus boleh balik. Bayi seawal 2 hari dan kanak-kanak.

Cari sunat untuk diri sendiri?

Halaman ini tentang berkhatan bayi dan kanak-kanak. Untuk remaja atau dewasa, kami ada halaman khas dengan pilihan kaedah stapler atau laser.

Sunat dewasa
5 tahun+Pengalaman prosedur berkhatan
787Kes disunatkan: bayi, kanak-kanak, dewasa
30–45 minitMasa prosedur, terus boleh balik
16 jamBuka setiap hari, 8 pagi – 12 tengah malam
Dr. Azizul Hakim, doktor berkhatan Klinik Usraa Senawang

Doktor yang melakukan prosedur

Dr. Azizul Hakim

MBBCH (Egypt) · Pain Cert

Lulusan Universiti Tanta, Mesir. Berpengalaman menyunatkan lebih 787 pesakit, dari bayi sehingga dewasa.

Doktor yang melakukan prosedur adalah doktor yang sama anda jumpa semasa konsultasi.

Soalan yang selalu ibu bapa tanya

Kami jawab awal-awal, supaya anda datang dengan tenang.

“Anak saya takut sakit”

Setiap teknik sunat ada rasa tidak selesanya tersendiri, bergantung pada anak. Doktor akan terangkan setiap langkah supaya anda dan anak bersedia.

Nak kena ambil cuti kerja?

Prosedur 30–45 minit sahaja. Selesai sahaja, anak terus boleh balik rumah. Seorang penjaga dibenarkan teman.

Penjagaan lepas sunat susah ke?

Teknik Rapid Clamp dipasang pada alat, jadi penjagaan lebih mudah, tidak perlu gantung kain. Mandi dan bergerak seperti biasa.

Baru lahir, boleh ke?

Boleh seawal 2 hari selepas bersalin. Bayi tidak banyak bergerak, jadi penjagaan selepas prosedur lebih mudah.

Apa yang berlaku pada hari kejadian

Anda tahu setiap langkah sebelum sampai ke klinik.

  1. WhatsApp kami

    Tanya apa-apa, atau tempah masa yang sesuai. Kami buka setiap hari, 8 pagi hingga 12 tengah malam.

    5 minit
  2. Pendaftaran & konsultasi doktor

    Doktor periksa anak anda dan terangkan apa yang akan dilakukan, serta jawab soalan anda.

    10–15 minit
  3. Prosedur berkhatan

    Prosedur dilakukan menggunakan teknik Rapid Clamp. Seorang penjaga dibenarkan berada bersama.

    30–45 minit
  4. Balik rumah pada hari yang sama

    Anda akan diberi jadual penjagaan di rumah dan bila perlu datang semula.

    Selepas prosedur
  5. Buka clamp

    Datang semula pada hari ke-4 hingga ke-5 untuk buka clamp. Selepas itu, biasanya 2–3 hari lagi untuk pulih sepenuhnya, bergantung pada keadaan anak.

    Hari 4–5

Macam mana prosedur sunat ini berjalan

Kami rakam proses sebenar di klinik supaya anda nampak sendiri apa yang akan berlaku.

“Anak saya sesuai ke?”

Kami terima bayi, dan kanak-kanak. Teknik berbeza ikut umur. Doktor akan cadangkan yang sesuai.

Bayi

Seawal 2 hari selepas bersalin. Teknik Rapid Clamp, penjagaan paling mudah kerana bayi kurang bergerak.

Kanak-kanak

Doktor kami mesra kanak-kanak, termasuk anak yang resah atau takut.

Dewasa

Untuk remaja dan dewasa, prosedur dibuat dengan kaedah stapler atau laser. Konsultasi doktor dilakukan lebih awal.

Sunat dewasa →

Bayi perempuan

Ada, dengan teknik yang berbeza daripada Rapid Clamp. WhatsApp kami untuk penjelasan lanjut.

Harga

Pakej telus untuk keluarga

Pakej khatan bayi dan kanak-kanak Klinik Usraa Senawang dengan teknik Rapid Clamp

Khatan bayi & kanak-kanak

Harga penuh tertera pada poster di sebelah.

  • Prosedur dengan teknik Rapid Clamp
  • Konsultasi doktor sebelum prosedur
  • Jadual penjagaan selepas prosedur
  • Kunjungan buka clamp pada hari ke-4 hingga ke-5

Untuk pakej dewasa atau kes dengan keadaan khas, WhatsApp kami. Kami beritahu anggaran kos sebelum anda datang.

Tanya harga di WhatsApp

Penjagaan selepas sunat

Senang sahaja. Yang penting tahu apa yang perlu dan apa yang perlu dielak.

Makanan

Pantang sekejap dari segi makanan, mengikut nasihat doktor. Ibu bapa biasanya sudah tahu apa yang sesuai.

Mandian & pergerakan

Boleh mandi dan bergerak seperti biasa. Elak aktiviti lasak buat sementara waktu.

Pakaian

Pakai pakaian yang longgar dan selesa untuk kurangkan geseran pada kawasan prosedur.

Jadual susulan

Datang semula pada hari ke-4 hingga ke-5 untuk buka clamp. Jangan skip kunjungan ini.

Kalau ada kerisauan

Ada apa-apa yang buat anda risau? WhatsApp kami. Doktor akan nasihat apa perlu dibuat.

Waktu operasi

Kami buka setiap hari, 8 pagi hingga 12 tengah malam. Boleh datang bila perlu.

Apa pesakit kata tentang Klinik Usraa

4.8
★★★★★

Daripada 1,141 ulasan di Google. Klinik USRAA & Skin Aesthetic Centre, Taman Bandar Senawang

Screenshot ulasan Google 5 bintang daripada noraslinda rahman: proses berkhatan anak di Klinik Usraa Taman Bandar Senawang, doktor dan petugas menenangkan anak sebelum, semasa dan selepas berkhatan.
Screenshot ulasan Google 5 bintang daripada Nurul Hafzan: bayi 3 bulan selesai berkhatan di Klinik Usraa, prosedur lancar dan staff membantu menjawab soalan penjagaan selepas khatan.

Soalan lazim

Apa itu teknik Rapid Clamp?

Rapid Clamp bukan laser. Ia menggunakan alat yang dipasang semasa proses berkhatan. Dengan alat ini, penjagaan selepas sunat lebih mudah kerana tidak perlu gantung kain. Bayi seawal 2 hari selepas bersalin boleh bersunat dengan cara ini.

Umur anak berapa yang sesuai?

Bayi seawal 2 hari selepas bersalin sudah boleh sunat menggunakan teknik Rapid Clamp. Penjagaan lebih mudah kerana bayi tidak banyak bergerak.

Tak sakit ke sunat cara Rapid Clamp ini?

Setiap cara sunat ada rasa tidak selesanya tersendiri, bergantung pada anak. Pengalaman kami, ada anak yang tenang sahaja sepanjang prosedur. Doktor akan terangkan apa yang berlaku pada setiap langkah supaya anda bersedia.

Nak kena pantang apa-apa ke lepas sunat?

Dari segi makanan sahaja, kami nasihatkan pantang sekejap. Ibu bapa biasanya sudah tahu apa yang boleh dan apa yang tidak. Nak mandi atau bergerak, boleh buat seperti biasa. Cuma elak aktiviti lasak buat sementara.

Berapa lama boleh sembuh?

Selepas 4–5 hari, datang semula untuk buka clamp. Selepas itu, biasanya 2–3 hari lagi untuk pulih sepenuhnya, bergantung pada keadaan anak.

Mak ayah boleh teman anak?

Boleh, tetapi kami hadkan seorang penjaga sahaja untuk melancarkan proses. Kalau tidak mahu teman pun tidak mengapa. Doktor kami mesra kanak-kanak.

Bayi perempuan boleh sunat di sini?

Boleh. Untuk bayi perempuan, tekniknya berbeza daripada Rapid Clamp. Hubungi kami untuk penjelasan lanjut.

Nak kena tempah masa dulu ke?

Sebaiknya tempah masa untuk melancarkan urusan. Kami buka setiap hari dari 8 pagi hingga 12 tengah malam, dan menerima kes sunat di luar musim cuti sekolah.

Tak jumpa jawapan di sini? Lihat semua soalan lazim.

Lokasi & waktu

  • AlamatKlinik USRAA & Skin Aesthetic Centre, No. 15-G, Jalan Coco Drive 2, Taman Bandar Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan
  • Waktu operasiSetiap hari, 8:00 pagi – 12:00 tengah malam (16 jam)
  • Telefon & WhatsApp011-7076 7219, WhatsApp untuk tempah masa

Nak tempah masa untuk sunat?

WhatsApp kami dan beritahu umur anak anda. Kami akan cadangkan masa yang sesuai, termasuk untuk kes di luar musim cuti sekolah.

Klinik USRAA & Skin Aesthetic Centre · No. 15-G, Jalan Coco Drive 2, Taman Bandar Senawang, 70450 Seremban

WhatsApp Call