Pusat bantuan
53 soalan yang paling kerap ditanya pesakit kami: waktu buka, lokasi, temujanji, dan setiap perkhidmatan di cawangan Senawang.
Bahagian 01
10 soalan
Kami buka 16 jam sehari: 8:00 pagi hingga 12:00 tengah malam, setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad.
No. 15-G, Jalan Coco Drive 2, Taman Bandar Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan.
Dua-dua boleh. Walk-in dialu-alukan. Kalau anda mahu elak menunggu, tempah slot melalui WhatsApp. Untuk prosedur seperti sunat dan pembedahan kecil, sebaiknya tempah masa supaya doktor boleh rancang slot anda.
WhatsApp atau telefon kami di 011-7076 7219. Kami akan bantu tetapkan waktu yang sesuai.
Bawa kad pengenalan anda. Untuk medical check up atau pemeriksaan tertentu, klinik akan beritahu persediaan tambahan semasa anda menghubungi kami.
Klinik perubatan am, medical check up, ujian alergi, sunat & berkhatan, sunat dewasa, suntikan weight loss, pembedahan kecil dan saringan PeKa B40.
Boleh. Surat cuti sakit, surat rujukan hospital dan dokumen untuk kerja atau sekolah boleh diminta semasa konsultasi.
Boleh. Bayi, kanak-kanak, dewasa dan warga emas, semua dilayan di klinik ini. Untuk sunat, bayi seawal 2 hari selepas bersalin boleh dibuat dengan teknik Rapid Clamp.
Dua doktor tetap kami: Dr. Azizul Hakim dan Dr. Muhammad Amirul.
WhatsApp kami dan beritahu keadaan anda. Kami arahkan ke perkhidmatan yang sesuai, dan doktor akan menilai semasa konsultasi sebelum apa-apa rawatan dibuat.
Maklumat penuh: Semua perkhidmatan · Hubungi kami · Saringan PeKa B40
Bahagian 02
7 soalan
Rapid Clamp bukan laser. Ia menggunakan alat yang dipasang semasa proses berkhatan. Dengan alat ini, penjagaan selepas sunat lebih mudah kerana tidak perlu gantung kain. Bayi seawal 2 hari selepas bersalin boleh bersunat dengan cara ini.
Bayi seawal 2 hari selepas bersalin sudah boleh sunat menggunakan teknik Rapid Clamp. Penjagaan lebih mudah kerana bayi tidak banyak bergerak.
Setiap cara sunat ada rasa tidak selesanya tersendiri, bergantung pada anak. Pengalaman kami, ada anak yang tenang sahaja sepanjang prosedur. Doktor akan terangkan apa yang berlaku pada setiap langkah supaya anda bersedia.
Dari segi makanan sahaja, kami nasihatkan pantang sekejap. Ibu bapa biasanya sudah tahu apa yang boleh dan apa yang tidak. Nak mandi atau bergerak, boleh buat seperti biasa. Cuma elak aktiviti lasak buat sementara.
Selepas 4–5 hari, datang semula untuk buka clamp. Selepas itu, biasanya 2–3 hari lagi untuk pulih sepenuhnya, bergantung pada keadaan anak.
Boleh, tetapi kami hadkan seorang penjaga sahaja untuk melancarkan proses. Kalau tidak mahu teman pun tidak mengapa. Doktor kami mesra kanak-kanak.
Boleh. Untuk bayi perempuan, tekniknya berbeza daripada Rapid Clamp. Hubungi kami untuk penjelasan lanjut.
Maklumat penuh: Sunat & berkhatan (kanak-kanak)
Bahagian 03
15 soalan
Alat pakai buang yang memotong kulit khatan dan menutup luka dengan klip halus dalam satu langkah. Luka tertutup serta-merta dan benang jahitan tidak digunakan.
Pancaran laser digunakan untuk memotong kulit khatan tanpa bilah pisau. Luka ditutup dengan benang jahitan halus yang larut sendiri, bukan klip. Prosedur juga dilakukan dengan bius setempat di klinik.
Stapler memotong kulit khatan dan menutup luka dengan klip halus dalam satu langkah. Laser memotong dengan pancaran laser, tanpa bilah pisau, dan luka ditutup dengan benang jahitan halus yang larut sendiri. Pakej stapler RM1,500 dan pakej laser RM800. Doktor akan cadangkan kaedah yang sesuai untuk anda.
Doktor akan periksa keadaan anda dan bincangkan pilihan kaedah sebelum prosedur dimulakan. Kalau satu kaedah tidak sesuai untuk kes anda, doktor akan cadangkan kaedah yang lain.
Pakej stapler RM1,500 dan pakej laser RM800. Dua-dua pakej termasuk konsultasi, bius setempat, ubat selepas prosedur, pengurusan klip atau benang, susulan di klinik 7 hingga 14 hari, dan sijil berkhatan. Medical checkup sebelum berkhatan adalah pilihan tambahan (+RM75).
Konsultasi dan prosedur dibuat dalam lawatan yang sama. Keseluruhan lawatan di klinik sekitar 1 jam 30 minit. Kalau kes anda perlukan penilaian tambahan, doktor akan maklumkan sebelum prosedur dimulakan.
Di klinik kami kaedah laser untuk pesakit dewasa. Untuk bayi dan kanak-kanak, doktor akan cadangkan kaedah yang sesuai dengan umur.
Prosedur sunat dewasa biasanya mengambil masa sekitar 1 jam hingga 1 jam 15 minit, sama untuk dua-dua kaedah, bergantung pada keadaan anda. Keseluruhan lawatan di klinik, dari pemeriksaan hinggalah anda balik, biasanya dalam 1 jam 30 minit. Kalau semuanya berjalan lancar, lawatan boleh siap lebih cepat.
Prosedur menggunakan bius setempat untuk mengawal kesakitan. Beritahu doktor jika anda rasa sakit atau tidak selesa semasa prosedur. Selepas bius hilang, rasa sengal dan tidak selesa pada beberapa hari pertama adalah normal. Ubat tahan sakit dan arahan penjagaan akan diberi.
Ramai pesakit boleh kembali ke kerja ringan dalam 2 hingga 3 hari. Kalau kerja anda melibatkan angkat berat atau banyak pergerakan, beritahu doktor supaya tempoh pemulihan boleh dirancang. Surat cuti sakit boleh diminta semasa konsultasi kalau anda perlukannya.
Kebanyakan klip tanggal sendiri antara hari ke-10 hingga minggu ke-3 selepas prosedur. Kalau masih ada klip selepas 4 hingga 5 minggu, doktor akan buka di klinik.
Pengurusan klip (stapler) dan benang larut (laser) termasuk dalam pakej anda. Ikut arahan penjagaan yang doktor beri sebelum anda balik, dan doktor akan periksa semasa kunjungan susulan 7 hingga 14 hari selepas prosedur.
Ikut arahan doktor. Kebanyakan pesakit boleh mandi dalam 24 hingga 48 jam selepas prosedur, dengan luka dibilas dan dikeringkan dengan lembut. Mandi rendam, kolam renang dan jacuzzi tunggu sehingga luka sembuh sepenuhnya.
Tunggu 4 hingga 6 minggu, atau sehingga doktor sahkan luka sudah sembuh sepenuhnya.
Tidak semua orang sesuai. Parut tebal, jangkitan aktif, masalah pembekuan darah dan sesetengah bentuk anatomi membuatkan kaedah lain lebih sesuai. Doktor akan beritahu pilihan yang sesuai selepas pemeriksaan.
Maklumat penuh: Sunat dewasa
Bahagian 04
5 soalan
Basic Medical Check-up RM75 (7 ujian) dan Comprehensive Medical Check-up RM200 (10 ujian). Medical check up untuk lesen GDL/PSV pula RM80 untuk permohonan baru dan RM50 untuk renew.
Basic Medical Check-up RM75 ada 7 ujian: full blood count (FBC), renal function test (RFT), liver function test (LFT), lipid profile (kolesterol), glucose, HbA1c dan urine FEME. Comprehensive Medical Check-up RM200 ada 10 ujian: FBC, renal profile (RP), LFT, cholesterol, glucose, HbA1c, thyroid stimulating hormone (TSH), carcinoembryonic antigen (CEA), C-reactive protein (CRP) dan urine FEME.
Untuk ujian glucose dan lipid profile, disyorkan puasa 8 hingga 10 jam sebelum datang. Air kosong boleh diminum. Kalau anda ada ubat harian, teruskan seperti biasa dan beritahu doktor atau petugas kami.
RM80 untuk permohonan baru dan RM50 untuk renew. Pemeriksaan ini untuk lesen GDL/PSV dan lesen yang berkaitan dengan kenderaan.
Bawa kad pengenalan (IC) asal. Untuk check up GDL/PSV renew, bawa lesen memandu sekali. Kalau ada, bawa senarai ubat yang sedang anda ambil.
Maklumat penuh: Pemeriksaan kesihatan
Bahagian 05
9 soalan
Kos bermula dari RM300. Harga sebenar bergantung pada saiz, lokasi dan bilangan ketumbuhan. Doktor beritahu kos penuh sebelum prosedur bermula, dan anda boleh decide lepas itu.
Tidak. Kebanyakan kes dibuat di klinik sebagai pesakit luar, dan anda boleh balik pada hari yang sama.
Kami guna bius setempat, jadi anda sedar sepanjang prosedur. Kebanyakan pesakit rasa tekanan atau tarikan sahaja. Kalau ada rasa tak selesa, beritahu doktor dan dia boleh tambah bius.
Bergantung pada prosedur. Cyst dan lipoma biasanya perlu jahitan kecil. Ketuat, skin tag dan cengkam kuku tidak berjahit. Doktor beritahu apa yang dijangka untuk kes anda sebelum mula.
Doktor beritahu tarikhnya sebelum anda balik. Ia bergantung pada lokasi dan saiz luka.
Kebanyakan kes selesai dalam masa kurang sejam. Untuk ketumbuhan yang besar atau banyak, doktor beritahu anggaran masa semasa penilaian.
Selalunya boleh, bergantung pada lokasi dan saiz. Doktor akan beritahu sama ada lebih baik dibuat sekali atau berasingan.
Ketuat berpunca dari virus, jadi ia boleh tumbuh semula. Sesetengah kes perlu lebih daripada satu sesi rawatan. Doktor akan terangkan apa yang dijangka untuk kes anda.
Boleh. Ramai pesakit buang tahi lalat kerana ia menonjol, tersangkut pada pakaian atau mengganggu penampilan. Doktor akan periksa bentuk dan warnanya dahulu untuk pastikan ia selamat dibuang di klinik. Kalau ada tanda yang merisaukan, doktor akan beritahu dan kes itu dirujuk.
Maklumat penuh: Pembedahan kecil
Bahagian 06
6 soalan
Pakej 2.5mg RM549, pakej 5mg RM699 dan pakej 7.5mg RM849. Setiap pakej untuk 5 jab. Trial jab RM99, jab 2, 3 dan 4 dibayar setiap kali (RM150, RM200 atau RM250 ikut pakej), dan jab ke-5 percuma.
Tirzepatide ialah ubat preskripsi untuk pengurusan berat badan, diberi melalui suntikan. Ia hanya diberi selepas doktor menilai keadaan anda.
Pakej ini lima jab. Jarak antara jab ditetapkan oleh doktor, jadi ikut jadual yang doktor beritahu.
Setiap orang berbeza. Doktor akan pantau berat dan keadaan anda setiap kali datang, dan bincang sama ada ia berkesan untuk anda.
Kalau anda hamil atau menyusu, ada masalah pankreas, tiroid atau buah pinggang, ada alahan ubat, atau sedang makan ubat lain: beritahu doktor semasa penilaian.
Sesetengah orang rasa loya, muntah, cirit-birit atau sembelit pada peringkat awal. Kalau ia berterusan atau mengganggu, hubungi kami supaya doktor boleh nilai semula.
Maklumat penuh: Suntikan penurunan berat badan
Bahagian 07
1 soalan
Pertanyaan berkaitan data peribadi dikendalikan oleh pengurusan klinik. Baca Notis Perlindungan Data Peribadi kami untuk maklumat penuh.
Maklumat penuh: Notis perlindungan data peribadi · Hubungi kami
WhatsApp atau telefon kami. Kami balas secepat mungkin semasa waktu operasi, 8 pagi hingga 12 tengah malam.