Cawangan Alam Suria · Selangor
Konsultasi doktor, medical check up, pemeriksaan GDL, vaksin dan rawatan kulit.
Perkhidmatan kami
Harga berbeza ikut rawatan, jadi WhatsApp kami dulu untuk harga terkini.
Suntikan vaksin di klinik. Tanya kami jenis vaksin yang ada sebelum datang.
Program penurunan berat badan di klinik, selepas doktor menilai kesesuaiannya.
Kenapa Usraa
Klinik di Dataran Suria untuk penduduk Puncak Alam dan kawasan berdekatan.
Sebelum sebarang rawatan dicadangkan, doktor memeriksa keadaan anda dan menerangkan pilihannya.
Doktor kami berdaftar dengan Malaysian Medical Council dan mendapat latihan perubatan formal.
Tujuh hari seminggu, 9:00 pagi hingga 7:00 malam.
Datang terus pun boleh. Kalau mahu kurangkan masa menunggu, WhatsApp dulu untuk tempah slot.
Proses rawatan
Empat langkah dari mesej pertama sampai anda balik ke rumah.
Hantar mesej WhatsApp atau panggil kami untuk bertanya atau menempah slot.
Doktor melihat keadaan anda dan memberitahu pilihan rawatan yang ada.
Rawatan dilakukan di klinik oleh doktor atau jururawat kami.
Kami beritahu apa yang perlu diperhatikan selepas rawatan, dan bila perlu datang semula.
Soalan lazim
Setiap hari, Isnin hingga Ahad, dari 9:00 pagi hingga 7:00 malam.
29-1 (GF), Jalan Dataran Suria 15/7/1, Dataran Suria, 42300 Puncak Alam, Selangor.
Dua-dua boleh. Untuk buang skin tag dan sunat bayi perempuan, WhatsApp dulu untuk tempah slot sebelum datang.
Harga bergantung pada jenis rawatan. WhatsApp kami di 012-416 4908 untuk harga terkini.
Cawangan Alam Suria buat sunat bayi perempuan sahaja. Sunat untuk kanak-kanak lelaki dan lelaki dewasa dibuat di cawangan Senawang, Seremban. Lihat halaman sunat Senawang.
Dua klinik ini di lokasi berbeza, dan masing-masing ada waktu operasi, nombor telefon dan senarai servis sendiri. Cawangan Senawang terletak di Taman Bandar Senawang, Seremban. Alamat, waktu dan nombor kedua-dua cawangan ada di halaman Hubungi Kami.
Boleh. Surat cuti sakit, surat rujukan hospital dan dokumen untuk kerja atau sekolah boleh diminta semasa konsultasi dengan doktor.
Hubungi kami