Klinik Usraa Senawang Senawang · Jalan Coco Drive 2, 70450 Seremban WhatsApp

Klinik Usraa · Senawang, Seremban

Saringan Kesihatan PeKa B40 di Senawang, Seremban

Percuma untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berumur 40 tahun ke atas, termasuk pasangan berdaftar. Bawa MyKad sahaja.

PercumaSaringan dan ujian makmal tanpa bayaran
40 tahun+Umur minimum untuk penerima STR dan pasangan berdaftar
MyKadBawa MyKad sahaja, tiada borang
16 jamBuka setiap hari, 8 pagi – 12 tengah malam

Kami sahkan kelayakan PeKa B40 anda di kaunter sebelum saringan dijalankan.

Apa itu PeKa B40

Saringan percuma untuk kumpulan B40

PeKa B40 (Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40) ialah inisiatif Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia. Skim ini memberi tumpuan kepada penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, darah tinggi dan kolesterol.

Saringan ini untuk mengesan risiko awal, bukan rawatan. Skim PeKa B40 tidak termasuk kos rawatan atau ubat. Kalau rawatan diperlukan, doktor akan terangkan pilihan anda.

Maklumat skim di halaman ini berdasarkan laman rasmi ProtectHealth (protecthealth.com.my). Terma dan manfaat skim boleh berubah dari semasa ke semasa.

Poster PeKa B40 Klinik Usraa Senawang: saringan kesihatan percuma untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah berumur 40 tahun ke atas

Poster rujukan

  • Saringan kesihatan percuma untuk penerima STR berumur 40 tahun ke atas
  • Bantuan alat perubatan sehingga RM20,000
  • Insentif melengkapkan rawatan kanser RM1,000
  • Insentif tambang pengangkutan

Semua manfaat di atas diproses di hospital KKM. Di klinik kami, kami menjalankan saringan kesihatannya.

Kelayakan

Siapa yang layak

Penyertaan adalah automatik, tanpa sebarang pendaftaran. Semak kelayakan anda di laman semakan PeKa B40, atau tanya kami di WhatsApp.

Kalau anda bukan penerima STR, skim ini tidak terpakai untuk anda. Kami ada pakej pemeriksaan kesihatan berbayar yang boleh anda pilih, dengan harga dipaparkan di kaunter.

Saringan

Apa yang diperiksa

Bersama doktor

  • Sejarah kesihatan dan penyakit anda serta keluarga
  • Saringan kesihatan mental
  • Pemeriksaan fizikal
  • Pemeriksaan klinikal payudara untuk wanita
  • Pemeriksaan rektum digital untuk lelaki berisiko, jika perlu

Ujian makmal

  • Kiraan darah penuh
  • Fungsi buah pinggang dengan eGFR
  • Kawalan gula darah (HbA1c)
  • Profil lipid (kolesterol)
  • Biokimia air kencing

Anda boleh makan dan minum seperti biasa sebelum datang. Saringan ini juga tidak termasuk rawatan atau ubat.

Langkah demi langkah

Cara ia berjalan

  1. Semak kelayakan

    Di laman rasmi PeKa B40, atau tanya kami melalui WhatsApp. Kami boleh semak untuk anda sebelum anda datang.

    Langkah 1
  2. Datang ke klinik dengan MyKad

    Kelayakan disahkan menggunakan MyKad anda di kaunter. Anda boleh terus datang, tanpa borang.

    Langkah 2
  3. Saringan dan ujian

    Doktor ambil sejarah kesihatan, buat saringan kesihatan mental dan pemeriksaan fizikal, kemudian ambil spesimen darah dan air kencing untuk dihantar ke makmal.

    Langkah 3
  4. Keputusan melalui WhatsApp

    Doktor akan hantar keputusan makmal anda melalui WhatsApp, dengan penjelasan ringkas dan langkah yang perlu diambil. Anda tidak perlu datang semula untuk keputusan.

    Langkah 4

Manfaat lain

Manfaat lain dalam skim PeKa B40

Tiga manfaat ini diproses di hospital KKM, bukan di klinik swasta. Saringan kesihatan perlu dilakukan dahulu sebelum anda layak.

Bantuan Alat Perubatan

Had sehingga RM20,000 untuk alat perubatan seperti stent jantung, kanta mata, alat bantuan pendengaran dan kerusi roda. Permohonan dibuat oleh doktor KKM.

Insentif Rawatan Kanser

RM1,000 untuk pesakit kanser yang melengkapkan rawatan di hospital KKM, dibayar RM300 selepas mula rawatan dan RM700 selepas selesai.

Insentif Tambang

Bantuan tambang RM500 (Semenanjung) atau RM1,000 (Sabah, Sarawak dan Labuan) untuk penerima bantuan alat perubatan atau insentif rawatan kanser.

Di klinik kami, kami menjalankan saringan kesihatan (Manfaat 1). Manfaat lain diuruskan sepenuhnya oleh hospital KKM.

Soalan lazim

Soalan yang selalu ditanya

Siapa yang layak untuk PeKa B40?

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangan berdaftar mereka yang berumur 40 tahun ke atas. Penyertaan adalah automatik, tiada pendaftaran diperlukan.

Macam mana nak semak sama ada saya layak?

Semak di laman rasmi PeKa B40 (kelayakan.pekab40.com.my) atau tanya kami melalui WhatsApp. Di klinik, kelayakan disahkan menggunakan MyKad anda.

Kena bayar tak untuk saringan ini?

Saringan kesihatan dan ujian makmal adalah percuma. Skim ini belum termasuk kos rawatan atau ubat.

Perlu puasa tak sebelum datang?

Anda boleh makan dan minum seperti biasa sebelum datang. Ujian darah dan air kencing boleh dibuat pada bila-bila masa.

Apa yang diperiksa dalam saringan ini?

Doktor ambil sejarah kesihatan anda, buat saringan kesihatan mental dan pemeriksaan fizikal termasuk pemeriksaan klinikal payudara untuk wanita. Ujian makmal merangkumi kiraan darah penuh, fungsi buah pinggang, kawalan gula darah (HbA1c), kolesterol dan air kencing.

Bila saya dapat keputusan?

Doktor akan hantar keputusan makmal anda melalui WhatsApp, berserta penjelasan ringkas dan langkah yang perlu diambil. Anda tidak perlu datang semula untuk keputusan. Kalau keputusan normal, doktor akan cadangkan susulan setahun sekali. Kalau rawatan diperlukan, anda dirujuk ke fasiliti KKM.

Kalau saya perlukan rawatan atau ubat?

Saringan PeKa B40 tidak termasuk rawatan atau ubat. Doktor akan terangkan pilihan anda: rujukan ke Klinik Kesihatan KKM, atau dirawat di klinik ini dengan bayaran sendiri mengikut harga yang dipaparkan di kaunter.

Kalau saya bukan penerima STR, ada pilihan lain?

Skim PeKa B40 hanya untuk penerima STR yang layak. Kalau anda bukan penerima, kami ada pakej pemeriksaan kesihatan berbayar yang boleh anda pilih.

Perlu bawa apa semasa datang?

MyKad sahaja. Anda boleh terus datang, tanpa borang dan tanpa pendaftaran awal.

Tak jumpa jawapan di sini? Lihat semua soalan lazim.

Lokasi & waktu

  • AlamatKlinik USRAA & Skin Aesthetic Centre, No. 15-G, Jalan Coco Drive 2, Taman Bandar Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan
  • Waktu operasiSetiap hari, 8:00 pagi – 12:00 tengah malam
  • Telefon & WhatsApp011-7076 7219, WhatsApp untuk temujanji

Nak buat saringan PeKa B40?

WhatsApp kami dan beritahu anda penerima STR. Kami semak kelayakan anda dan tetapkan masa. Kami buka 16 jam sehari.

Klinik USRAA & Skin Aesthetic Centre · No. 15-G, Jalan Coco Drive 2, Taman Bandar Senawang, 70450 Seremban

WhatsApp Call