Klinik Usraa · Senawang, Seremban
Klinik perubatan am yang buka 16 jam sehari, dengan medical check up, ujian alergi, sunat, suntikan weight loss, dan pembedahan kecil. Semuanya di Taman Bandar Senawang.
Lapan perkhidmatan, satu klinik. Tekan mana-mana satu untuk butiran penuh, harga dan cara penjagaan.
Konsultasi doktor dan rawatan harian untuk semua peringkat umur. Termasuk pemeriksaan tekanan darah dan gula, surat cuti sakit dan surat rujukan.
Lihat butiranPakej saringan kesihatan: ujian darah, kolesterol, gula dan HbA1c, serta pemeriksaan air kencing. Termasuk medical check up untuk lesen GDL.
Lihat butiranAllergy Test 107 menguji 7 kumpulan alergen: habuk dan hama, makanan, debunga, kulat, bisa serangga dan lateks.
Lihat butiranTeknik Rapid Clamp untuk bayi seawal 2 hari selepas bersalin, kanak-kanak dan remaja. Penjagaan selepas prosedur lebih mudah.
Lihat butiranDua kaedah: stapler atau laser. Luka ditutup dengan klip halus atau benang larut sendiri. Masa prosedur di klinik 1 jam hingga 1 jam 15 minit, dengan bius setempat.
Lihat butiranSuntikan tirzepatide yang dipantau doktor. Doktor menilai keadaan anda sebelum dos pertama diberi.
Lihat butiranBuang cyst, lipoma, tahi lalat dan ketuat, sampai trigger finger dan cengkam kuku. Prosedur pesakit luar dengan bius setempat.
Lihat butiranPenerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangan berdaftar yang berumur 40 tahun ke atas boleh membuat saringan kesihatan PeKa B40 secara percuma.
WhatsApp kami dan beritahu keadaan anda. Kami arahkan ke perkhidmatan yang sesuai.
Empat langkah dari mesej pertama sampai anda balik ke rumah.
Tanya apa-apa atau tempah slot. Kami buka setiap hari, 8 pagi hingga 12 tengah malam.
Doktor melihat keadaan anda dan memberitahu pilihan rawatan yang ada.
Rawatan dilakukan di klinik oleh doktor atau jururawat kami.
Kami beritahu apa yang perlu diperhatikan selepas rawatan, dan bila perlu datang semula.
Dua-dua boleh. Walk-in dialu-alukan. Kalau anda mahu elak menunggu, tempah slot melalui WhatsApp. Untuk prosedur seperti sunat dan pembedahan kecil, sebaiknya tempah masa supaya doktor boleh rancang slot anda.
Kami buka 16 jam sehari: 8:00 pagi hingga 12:00 tengah malam, setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad.
Ya. Semua perkhidmatan dalam senarai ini di Klinik Usraa Senawang, No. 15-G, Jalan Coco Drive 2, Taman Bandar Senawang, 70450 Seremban. Kami juga ada cawangan Klinik Usraa Alam Suria di Puncak Alam, Selangor.
Boleh. Surat cuti sakit, surat rujukan hospital dan dokumen untuk kerja atau sekolah boleh diminta semasa konsultasi.
Boleh. Bayi, kanak-kanak, dewasa dan warga emas, semua dilayan di klinik ini. Untuk sunat, bayi seawal 2 hari selepas bersalin boleh dibuat dengan teknik Rapid Clamp.
WhatsApp kami dan beritahu keadaan anda. Kami arahkan ke perkhidmatan yang sesuai, dan doktor akan menilai semasa konsultasi sebelum apa-apa rawatan dibuat.
Tak jumpa jawapan di sini? Lihat semua soalan lazim.
WhatsApp kami dan beritahu keperluan anda. Kami buka setiap hari, 8 pagi hingga 12 tengah malam.
Klinik USRAA & Skin Aesthetic Centre · No. 15-G, Jalan Coco Drive 2, Taman Bandar Senawang, 70450 Seremban