Klinik Usraa · Senawang, Seremban
Pakej saringan kesihatan dari RM75 oleh doktor bertauliah: ujian darah, kolesterol dan gula. Medical check up lesen GDL/PSV juga tersedia.
Pakej & harga
Kenal keadaan kesihatan anda lebih awal. Semua ujian dijalankan oleh doktor dan keputusan akan diterangkan kepada anda.
7 ujian
RM75
Saringan asas untuk tahu kondisi kesihatan anda.
Sesuai untuk saringan tahunan.
10 ujian
RM200
Termasuk ujian tiroid dan penanda keradangan.
Untuk pemeriksaan lebih terperinci.
Harga seperti yang tertera. Kalau anda tak pasti pakej mana yang sesuai, WhatsApp kami. Kami tanya dulu keperluan anda sebelum cadangkan.
Rujukan
Harga di atas ialah harga yang anda bayar di kaunter, sama ada anda datang sendiri atau melalui WhatsApp.
Keputusan ujian akan diberitahu kepada anda oleh doktor. Kalau ada bacaan yang perlu perhatian, doktor akan cadangkan langkah seterusnya.
WhatsApp untuk temujanjiPenerima STR berumur 40 tahun ke atas? Saringan PeKa B40 percuma.
Skim PeKa B40 KKM memberi saringan kesihatan percuma untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah. Bawa MyKad sahaja.
Untuk pemandu
Untuk lesen GDL/PSV dan lesen yang berkaitan dengan kenderaan. Pemeriksaan dilakukan oleh doktor di klinik kami.
Bawa IC asal. Untuk renew, bawa lesen memandu anda sekali. Kalau anda mahu tahu apa lagi perlu dibawa untuk kes anda, WhatsApp kami. Kami beritahu awal-awal supaya anda tak perlu datang dua kali.
WhatsApp untuk check up GDL/PSVLangkah demi langkah
Anda tahu setiap langkah sebelum sampai ke klinik.
Beritahu kami pakej mana yang anda mahu: Basic, Comprehensive atau check up GDL/PSV. Kami buka 8 pagi hingga 12 tengah malam.
Mula di siniPetugas kami daftar dan doktor terangkan apa yang akan diperiksa, supaya anda tahu apa yang anda bayar.
KaunterDarah diambil untuk ujian makmal dan air kencing untuk urine FEME.
Darah · Air kencingDoktor terangkan bacaan setiap ujian dan apa yang perlu anda buat seterusnya.
PerbincanganKeputusan ujian diberikan kepada anda untuk simpanan dan rujukan doktor keluarga atau panel syarikat.
Rekod andaSebelum datang
Benda kecil yang buat keputusan ujian lebih tepat.
Untuk ujian glucose dan lipid profile. Air kosong boleh diminum. Kopi, teh atau minuman manis tidak.
Untuk pendaftaran dan rekod klinik. Untuk check up GDL/PSV renew, bawa lesen memandu sekali.
Teruskan ubat seperti biasa dan beritahu petugas atau doktor ubat apa yang anda ambil.
Senaman berat atau kurang tidur sebelum ujian darah boleh mengubah bacaan. Datang dalam keadaan biasa.
Pakai baju yang senang untuk ambil darah. Lengan pendek paling senang.
Kalau anda ada penyakit kronik atau sedang dirawat, bawa senarai ubat untuk doktor faham keadaan anda.
Basic Medical Check-up RM75 (7 ujian) dan Comprehensive Medical Check-up RM200 (10 ujian). Medical check up untuk lesen GDL/PSV pula RM80 untuk permohonan baru dan RM50 untuk renew.
Basic Medical Check-up RM75 ada 7 ujian: full blood count (FBC), renal function test (RFT), liver function test (LFT), lipid profile (kolesterol), glucose, HbA1c dan urine FEME. Comprehensive Medical Check-up RM200 ada 10 ujian: FBC, renal profile (RP), LFT, cholesterol, glucose, HbA1c, thyroid stimulating hormone (TSH), carcinoembryonic antigen (CEA), C-reactive protein (CRP) dan urine FEME.
Untuk ujian glucose dan lipid profile, disyorkan puasa 8 hingga 10 jam sebelum datang. Air kosong boleh diminum. Kalau anda ada ubat harian, teruskan seperti biasa dan beritahu doktor atau petugas kami.
RM80 untuk permohonan baru dan RM50 untuk renew. Pemeriksaan ini untuk lesen GDL/PSV dan lesen yang berkaitan dengan kenderaan.
Bawa kad pengenalan (IC) asal. Untuk check up GDL/PSV renew, bawa lesen memandu sekali. Kalau ada, bawa senarai ubat yang sedang anda ambil.
Boleh WhatsApp kami untuk temujanji supaya tidak menunggu lama. Klinik kami buka setiap hari dari 8:00 pagi hingga 12:00 tengah malam.
Kami buka setiap hari, 8:00 pagi hingga 12:00 tengah malam.
Klinik USRAA & Skin Aesthetic Centre, No. 15-G, Jalan Coco Drive 2, Taman Bandar Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan. Cari ‘Klinik Usraa’ di Waze atau Google Maps.
Tak jumpa jawapan di sini? Lihat semua soalan lazim.
WhatsApp kami dan beritahu pakej yang anda minat. Kami akan tetapkan masa yang sesuai. Kami buka 16 jam sehari.
Klinik USRAA & Skin Aesthetic Centre · No. 15-G, Jalan Coco Drive 2, Taman Bandar Senawang, 70450 Seremban