- admin
- 0 Comments
Vaksin Anti-Typhoid merupakan vaksin yang mencegah demam kepialu. Vaksin akan diberikan kepada pesakit yang telah dikenalpasti menghidap demam kepialu dan juga kepada individu pembawa bakteria ini.
Oleh kerana mustahil untuk mengenalpasti pembawa bakteria ini, di Malaysia kerajaan mewajibkan semua pengendali makanan mendapatkan suntikan ini kerana golongan ini di anggap mempunyai risiko tinggi penyebaran demam kepialu.
Demam Kepialu (Tifoid)
Demam Tifoid atau di Malaysia lebih dikenali sebagai demam kepialu adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi).
Bakteria ini terdapat di dalam darah, urin/air kencing dan najis pesakit dan juga najis pembawa.
Pembawa adalah seorang yang mempunyai bakteria tifoid tetapi tidak mempunyai gejala demam tifoid.
Mereka ini sukar dikesan dan sentiasa mengeluarkan bacteria tifoid di dalam najis dan seterusnya menjangkiti orang lain.
Cara-Cara Demam Kepialu Merebak
Demam kepialu boleh merebak melalui cara-cara berikut:
- Makanan dan minuman yang tercemar oleh najis manusia yang mengandungi bakteria Salmonella typhi.
- Makanan dan minuman yang di sediakan oleh pesakit dan pembawa.
- Melalui hinggapan lalat yang membawa bakteria Salmonella typhi.
- Menggunakan bekalan air tidak bersih
Jenis-Jenis Vaksin Thypoid
Terdapat 2 jenis vaksin anti-typhoid yang digunapakai di seluruh dunia iaitu vaksin yang tidak aktif (dibunuh) yang diberikan melalui suntikan dan vaksin hidup yang dilemahkan yang diberikan secara oral (melalui mulut). Sumber: medlineplus.gov
Namun begitu penggunaan vaksin suntikan lebih popular dan mudah didapati berbanding pil di Malaysia.
Vaksin Typhoid Jenis Pil
Vaksin diberikan dalam bentuk kapsul. Diberikan 3 kapsul yang dimakan pada hari ke 1, 3, dan 5.
Vaksin perlu di ambil semula setiap 5 tahun
Vaksin Typhoid Jenis suntikan
Vaksin disuntik di bahu atau paha.
Imunisasi diberikan setiap 3 tahun bagi pengendali makanan.
Sumber : kursuspengendalianmakanan.com