Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
Bagaimana Untuk Mengetahui Simptom Demam Denggi ?
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:
Demam panas
Sakit kepala
Sakit tulang belakang
Sakit sendi-sendi
Loya dan muntah-muntah
Sakit biji mata
Ruam
Langkah Mencegah Demam Denggi
Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
Membuang bekas yang boleh menakung air
Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup
Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali
Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik
Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti
Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk
Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah
Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup