loading

Apa itu ECG ?

ECG adalah singkatan bagi istilah Electrocardiogram. Ia merupakan satu prosedur bukan invasif (tidak berbahaya atau menyakitkan) untuk mengukur aktiviti elektrik jantung. Kebiasaannya mereka yang mengalami masalah jantung seperti sakit dada atau degupan jantung tidak normal akan dipantau menggunakan alat ini. Ia berikutan masalah kesihatan tersebut boleh menyebabkan perubahan pada aktiviti elektrik jantung sehingga ia boleh dipaparkan sebagai perubahan corak ECG normal. Melalui penggunaan mesin ini, masalah jantung dapat dikesan pada peringkat awal dan rawatan boleh dilakukan mengikut keperluan.

Ujian ECG Dapat mengesan