loading

Rawatan Luka Oleh Doktor Kami

Tubuh badan manusia memang sangat mudah cedera atau terluka apabila ditimpa kemalangan yang tidak diingini. Kadangkala, pekerjaan yang ringan di rumah seperti memasak atau berkebun juga boleh mengakibatkan luka kecil. Sekiranya luka yang dialami itu adalah kecil dan tidak begitu dalam, ada peluang di mana anda sendiri boleh merawatnya di rumah. Namun, sila berjumpa dengan doktor kami jika luka yang dialami itu agak besar untuk mengelak sebarang komplikasi lain.

Mengapa Perlu Merawat Luka ?

Kecederaan tisu dan organ badan boleh dikesan berdasarkan tanda-tanda seperti lebam, bengkak, kebiruan/pucat atau terdapat aliran darah keluar. Manakala gejala-gejalanya pula adalah seperti kelihatan lemah yang membawa kepada keadaan tidak sedarkan diri, lumpuh sebahagian atau keseluruhan badan dan kesakitan di bahagian terlibat. Oleh itu, rawatan awal boleh dilakukan oleh diri sendiri atau boleh terus datang untuk mendapatkan rawatan daripada doktor pakar di Klinik kami.