loading

Rawatan Fisioterapi

Rawatan fisioterapi yang dijalankan akan membantu seseorang kembali ke tahap fungsi fizikal tertinggi yang mampu dicapainya dengan tumpuan utama adalah kepada pergerakan terkawal dan seimbang serta peningkatan tenaga dan stamina untuk kebolehan bergerak yang lebih baik.

Kebaikan Fisioterapi

Dengan melakukan fisioterapi dapat menangani masalah pernafasan membabitkan paru-paru dan kahak, kecederaan ketika bersukan, ligamen terluka dan kecederaan otot, patah dan terseliuh, ketidakupayaan seperti palsy dan distrofi otot, masalah sakit sendi, tulang belakang dan leher, persediaan sebelum dan selepas pembedahan, manipulasi tisu lembut serta elektroterapi untuk mengurangkan sakit, bengkak, selain mempercepatkan proses penyembuhan.