Rawatan Estetik & Kesihatan Kulit Profesional

Selesa & Mesra Muslimah

PERKHIDMATAN KAMI

Daripada pemeriksaan kesihatan hingga rawatan harian, kami komited membantu anda mendapatkan rawatan yang tepat, cepat dan selesa.

Advance Weight Loss

Rawatan pengurusan berat badan berasaskan teknologi yang memfokuskan penghapusan lemak pada kawasan spesifik. Ini bukan sekadar pelan diet rawak, tetapi kaedah yang mengoptimumkan proses pembakaran lemak badan secara bersasar dan berkesan.

Disyorkan untuk:

Individu yang mengalami fasa statik dalam penurunan berat badan, ingin membentuk kontur badan yang lebih kemas, dan mengutamakan hasil yang boleh diukur.

Lips Laser

Prosedur laser tidak invasif untuk merawat pigmentasi dan mencerahkan tona bibir secara berperingkat. Prosesnya pantas, selamat, dan memberikan pemulihan warna yang semula jadi dan sihat.

Disyorkan untuk:

Individu yang ingin merawat masalah bibir gelap atau kusam untuk penampilan yang lebih segar tanpa kebergantungan kepada alat solek.

Mesolipo

Rawatan suntikan mikro yang disasarkan untuk memecahkan sel lemak degil pada bahagian tertentu seperti dagu, abdomen, atau paha. Prosedur ini dikendalikan sepenuhnya oleh terapis bertauliah untuk memastikan proses yang selamat dan selesa.

Disyorkan untuk:

Individu yang mempunyai kawasan pengumpulan lemak degil yang tidak bertindak balas terhadap kaedah konvensional, dan mencari alternatif pembentukan badan tanpa pembedahan.

Skinbooster

Rawatan penghidratan mendalam yang merawat struktur kulit dari dalam. Ia mensasarkan kulit yang kering, kusam, dan letih untuk mengembalikan kelembapan, keanjalan, serta keserian yang bertahan lama.

Disyorkan untuk:

Individu yang tidak mendapat hasil memuaskan daripada produk penjagaan wajah luaran dan memerlukan penyelesaian jangka panjang untuk memulihkan kesihatan kulit secara menyeluruh.

HASIL YANG MEMBERI KEYAKINAN

Setiap pelanggan mempunyai keadaan kulit dan badan yang berbeza.
Sebab itu kami tidak menggunakan pendekatan “satu rawatan untuk semua”.
Kami menilai keadaan anda terlebih dahulu sebelum mencadangkan pelan rawatan yang paling sesuai.

Kenapa ramai yang memilih
Usraa Skin Centre?

Konsultasi Sebelum Rawatan

Kami akan memahami keadaan kulit dan badan anda terlebih dahulu sebelum mencadangkan rawatan yang benar-benar sesuai.

Rawatan Oleh Pasukan Berpengalaman

Setiap prosedur dijalankan menggunakan teknik dan teknologi yang sesuai mengikut keperluan pelanggan.

Ruang Rawatan Yang Selesa

Persekitaran yang bersih, privasi terjaga dan mesra Muslimah supaya anda lebih selesa sepanjang sesi rawatan.

Fokus Kepada Hasil

Kami tidak menjanjikan keajaiban dalam sehari, tetapi membantu anda mencapai perubahan yang realistik dan berperingkat.

Kenali Pasukan Usraa SKIN CENTRE

Pasukan Professional
Bersedia Berkhidmat Untuk Anda

USRAA Skin Centre terdiri dari pasukan doktor terlatih professional dan pakar dalam bidang perubatan umum dan khas. Doktor di Klinik Usraa mempunyai pengalaman lebih dari 7 tahun + dalam bidang perubatan.

Dr. Noor Ameera
Binti Rahmat

MBBCH (egypt), Prof Dip Aesthetic Medicine (IIWAM | EIU,Paris, Post Cert in Primary Care Dermatology (AFPM), Dip Derm (Bangkok) Ms in Healthy Aging, Aesthetic Medicine and Regenerative Medicine, UCSI Prof Cert Nutritional Medicine (SAAaRMM)

Dr Fathin Faziera
binti Mansor

MBBS Fakulti Perubatan Sains Kesihatan USIM

Puteri Ainur Yasmin
binti Rosli

Experienced Beautician 3 Years

Nur Farrah Aini
binti Abdul Manan

Experienced Beautician 2 Years

SIAPA KAMI

KenalI USRAA
SKIN CENTRE

Usraa Skin Centre ialah one stop centre untuk penjagaan kulit, rawatan estetik dan wellness yang direka khas bagi membantu anda mendapatkan kulit yang lebih sihat dan keyakinan diri yang lebih tinggi.

Sejak tahun 2020, kami telah membantu ribuan pelanggan menangani pelbagai masalah kulit seperti jerawat, pigmentasi, parut, eczema, psoriasis, tanda penuaan dan masalah rambut melalui rawatan moden yang selamat dan berkesan.

Setiap rawatan di Usraa Skin Centre disesuaikan mengikut keadaan kulit individu dengan menggunakan teknologi terkini serta dipantau oleh pasukan profesional yang berpengalaman.

Kami percaya bahawa kulit yang sihat bukan sekadar penampilan, tetapi juga melambangkan keyakinan, kesejahteraan dan kualiti hidup.

Kulit Lebih Sihat.
Bentuk Badan Lebih Menawan.
Keyakinan Bermula Di Sini.

Tidak kira sama ada anda berdepan masalah jerawat, kulit kusam, bibir gelap atau lemak degil yang sukar dihilangkan, kami membantu anda mendapatkan rawatan yang sesuai mengikut keadaan kulit dan tubuh anda.

Di USRAA Skin Centre, setiap rawatan dimulakan dengan konsultasi profesional supaya anda mendapat penyelesaian yang tepat, selamat dan bersesuaian. Tiada rawatan yang dibuat secara tergesa-gesa atau sekadar mengikut trend.

Hubungi Kami

Kami sedia membantu anda! Sama ada anda mempunyai pertanyaan, maklum balas, atau ingin bekerjasama, sila hubungi pasukan kami melalui saluran di bawah.