Klinik #1 Pilihan Ibu Bapa! Teknik Rapid Clamp (tanpa jahit) - Hanya 45 minit, terus boleh balik!
Team kami berpengalaman menyunatkan lebih 300 kanak-kanak mahupun dewasa menggunakan teknik Rapid Clamp.
300 kanak-kanak mahupun dewasa berjaya disunatkan
Hanya 30-45 minit, terus boleh balik.
Teknik kurang sakit dan cepat sembuh.
Rapid Clamp tidak sama seperti laser. Rapid Clamp menggunakan alat yang dipasang pada zakar anak semasa proses berkhatan. Dengan adanya alat tersebut proses penjagaan lebih mudah dan tidak perlu gantung kain selepas sunat. Umur anak seawal 1 hari selepas bersalin pun boleh bersunat dengan cara ini.
Bayi seawal 2 hari pun dah boleh sunat menggunakan teknik Rapid Clamp. Lebih mudah daripada sudut penjagaan sebab bayi tak banyak bergerak.
Mana-mana cara sunat pun memang akan terasa sikit sakitnya. Tiada teknik sunat yang kalis sakit. Bergantung pada anak juga sebenarnya. Pengalaman kami ada yang relax dan tenang sahaja. Ada pula siap melaungkan takbir! Tapi itu semua pengalaman untuk anak.
Part makanan sahaja kalau boleh kami nasihatkan untuk pantang sekejap. Biasanya ibu-ibu tahu sahaja makanan apa yang boleh apa yang tidak. Nak mandi atau nak bergerak boleh tiada masalah, buat seperti biasa sahaja. Cuma jangan lari marathon sudahlah, tak baik-baik nanti.
Selepas 4-5 hari daripada proses sunat boleh datang semula untuk buka clamp tersebut. Selepas itu dalam 2-3 hari lagi dia dah boleh baik sepenuhnya. Semua bergantung pada badan anak. Pengalaman kami ada anak umur 3 tahun hari ke 4 dia dah berlari tak ingat dunia.
Ya boleh tapi kami limitkan seorang penjaga sahaja untuk melancarkan proses sunat. Kalau tak nak teman langsung tak apa, doktor kami mesra kanak-kanak. Budak yang resah pun tak jadi resah. Kami faham ada mak ayah yang rasa nak pitam bila tengok darah.
Boleh sahaja, kami bukan jenis memilih. Tapi untuk bayi perempuan tekniknya berbeza bukan yang Rapid Clamp. Boleh hubungi kami untuk bayi perempuan anda.
Sebaiknya book untuk memudahkan segala urusan. Kini kami available setiap hari dari jam 8 pagi – 12 tengah malam. Kami terima bagi sesiapa yang nak sunat luar dari musim cuti sekolah.
Klinik Usraa Alam Suria terletak di lokasi yang mudah diakses dan strategik.
Klinik Usraa Alam Suria, 29-1(GF, Jalan Dataran Suria 15/7/1, Dataran Suria, 42300 Puncak Alam, Selangor